Blog Ini Hanya Memaparkan Laporan Aktiviti SMK Jengka 10 DanPerkara Yang Berkaitan Dengan PendidikanSahaja. Editor Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Salah Laku Dalam Blog Ini.

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN

TARIKH PEPERIKSAAN

Thursday, April 29, 2010

Khemah Tahunan: Sesi 4- Persembahan

Persembahan bertemakan kerjasama. Apa yang penting, kerjasama. Apa yang penting, kerjasama.

Para penonton hampir merusuh sebab tidak sabar menunggu persembahan pecah panggung.

Para pengadil yang dijemput khas:
Dari kanan, Cikgu Mat, Cikgu Azim (SMK J12), Cikgu Nizam (SMK J16)


Aktor terbaik.

Semua unit uniform membuat persembahan yang sungguh mendebarkan benak fikiran. Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat dan cikgu-cikgu yang bertungkus lumus menjayakan malam persembahan ini.
Banyak lagi gambar menarik, cikgu akan upload kemudian.

Khemah Tahunan: Sesi 3-Ikhtiar Hidup


Khemah Tahunan: Sesi 2- Pertandingan Memasak


Encik M. Naim sedang melihat dapurnya yang berasap. Aik, asap jer api mana? 
Dengar cerita kat rumah hebat sungguh dalam acara mengidupkan dapur kayu.

Khemah Tahunan: Sesi 2-Jalan Lasak

Setiap unit uniform akan berjalan sekitar Jengka 10 dan mencari checkpoint (CP) tertentu. Disetiap CP akan ada ujian yang menanti. Yang paling best sekali CP terakhir.

   Hidup Puteri Islam Hidup Cikgu Junaini
                                          
         Mana cikgu Isma nih, kata nak hantar redbull satu peti
                                 .

      Woi, Norbaya cikgu suruh crawl bukannya bergolek
         

Khemah Tahunan: Sesi 1

Sesi panas badan dan pasang khemah. Tapi panas badan juga bila ada pelajar bawa khemah tapi tak bawak besi khemah. Tapi cikgu rasa semua orang sedang berseronok. Bukan selalu boleh berkhemahkan?

Suhaimi, yo yo ooo jer.

Mat Kedah, hang wat pa lagi tu.......

Sesi pasang khemah telah berjaya dengan cemerlangnya. Tapi yang penting selepas itu sesi makan pagi. Terima kasih kepada semua orang yang berada di dapur tanpa anda kebulurlah kami.

SATU HARI SEBELUM KHEMAH TAHUNAN


Pelajar memberi sumbangan untuk digunakan semasa perkhemahan. Ustaz cukup tak telur ayam tuh?

Kejohanan MSSD 6 - 8 April


                                                         M. Fahmi dengan gangsanya.


                                         Hidayah: 1 emas (lompat tinggi), 1 gangsa (110 berpagar)

Friday, April 23, 2010

Mesyuarat Agong PIBG & Hari Kecemerlangan


 

Pada 3 April, telah berlangsung Mesyuarat Agong PIBG kali ke 29. Majlis perasmian telah diadakan oleh ADUN Kuala Sentul iaitu YB Dato' Shahaniza Shamsudin DIMP, AMP,BCM.
Mesyuarat kali ini juga adalah untuk perlantikan jawatankuasa baru PIBG SMK Jengka 10 bagi sesi 2010 & 2011. YDP PIBG yang baru dilantik adalah En. Mohd Akhir iaitu Ketua Kampung Felda Jengka 1.
Juga berlangsung pada hari itu ialah majlis penyampaian hadiah kepada pelajar yang berjaya dalam PMR dan SPM serta pelajar yang cemerlang dalam kelas bagi tahun 2009.

Thursday, April 22, 2010

Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah

Pada (25 Mac 2010) telah diadakan "Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah" bertempat di Dewan Utama SMK Jengka 10. Ceramah berhubung pencegahan dadah telah disampaikan oleh Ketua Pegawai AADK, Daerah Maran.

OBJEKTIF PROGRAM
1. Menyedarkan pelajar akan bahaya dadah dan AIDS.
2. Memberikan pendedahan terhadap bakat dan memberikan gambaran positif terhadap potensi diri yang bebas daripada rokok, dadah dan AIDS.
3. Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif dan terhindar daripada gejala dadah dan AIDS.

Keputusan SPM 2009

Pelajar cemerlang SPM 2009 - Nor Izzati Bt Johari (7A)


Wajah-wajah cemerlang SPM 2009

Senarai Pelajar Cemerlang PMR 2009

SMKJ10 telah dianugerahkan Sijil Penghargaan oleh Jab.Pend.Negeri Pahang di atas kejayaannya memperoleh keputusan lulus 100% bagi matapelajaran Sains & Pendidikan Islam.

PELAJAR CEMERLANG PMR 2009

MOHAMAD ASSYAKIRIN BIN ROSLAN - 8A
MOHAMAD NIZAM BIN BAHTIN - 7A,1B
ANIS AZATUL NAJWA BT ROZMI - 5A,2B,1C
SITI NORAZILA BT HUSSAIN - 5A,2B,1C

Kelas Literasi Komputer


























Kelas Literasi Komputer diadakan pada setiap hari Isnin & Jumaat yang melibatkan para pelajar Tingkatan 1 & 2 shj. Bertujuan untuk mendedahkan para pelajar berkenaan dunia teknologi maklumat (ICT)

Bagaimana Ingin Hubungi Kami

Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 10
26400 Bandar Jengka,
Pahang Darul Makmur.

No.Tel: 09-4663320
No.Faks: 09-4663610

Email : smkjengka10@gmail[dot]com/smkjengka10@yahoo[dot]com
Blog : smkjengkasepuluh.blogspot.com
Web : smkjengka10@webs.com