Blog Ini Hanya Memaparkan Laporan Aktiviti SMK Jengka 10 DanPerkara Yang Berkaitan Dengan PendidikanSahaja. Editor Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Salah Laku Dalam Blog Ini.

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN

TARIKH PEPERIKSAAN

Thursday, July 8, 2010

HARI KOKURIA: Cipta Kapal Terbang Polisterin

Tarikh Perlaksanaan: 1 Julai
Pertandingan: Pelajar diminta membina kapal terbang dari polisterin. Terbang paling jauh dikira pemenang.




Pemenang!!!!! Paling jauh....



Pertandingan Membina Pondok Sumber


Tarikh Pertandingan : Julai (sehingga 31 Julai)
Peserta : Guru-guru - Semua Ketua Bidang (dibantu oleh guru-guru dari bidang berkenaan)
Syarat: 
  1. Bahan-bahan adalah bebas selagi ia berbentuk sumber ilmu. (poster, carta, brosure, lukisan, model sbd)
  2. Kewangan (menggunakan duit panitia)
  3. Susunan pondok bermula dengan pondok kemanusiaan, pondok sains & matematik, pondok bahasa, pondok votek. (pondok sedia ada - belakang tapak perhimpunan)
  4. Hadiah dan sijil disediakan kepada pemenang.
  5. Selesai pertandingan, bahan-bahan di pondok tidak boleh diambil. Dibiarkan kekal di situ, Dibenarkan tukar dengan  bahan lain. 
Selamat Berjaya.

Pertandingan Membuat Brosure


Tarikh Pertandingan : 5 hingga 15 Julai
Peserta : Guru-guru - Ketua Panitia (wajib), ketua unit, guru bilik khas
Syarat: 
  1. Semua brosure wajib mempunyai visi, misi, objektif dan carta organisasi. Lain-lain bahan terpulang kepada kreativiti.
  2. Corak adalah bebas.
  3. Bebas menggunakan apa juga software untuk menghasilkan broseure.
  4. Hantar pada atau sebelum 15 Julai untuk penilaian.
  5. Pemenang akan diumumkan pada 19 Julai (perhimpunan rasmi).
  6. Pemenang akan diberikan hadiah dan sijil.
Sila hantar dalam bentuk hardcopy dan softcopy. 
Hantar kepada Guru Perpustakaan dan Media

Wednesday, July 7, 2010

DERMA DARAH

Tarikh: 1 Julai 2010
Kempen derma darah dijalankan di foyer sekolah dan telah berlangsung dengan jayanya. Pihak HSHAS Temerloh telah berjaya mengumpul 35 paket darah. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Cikgu Faridah ketakutan......



Wardi kalau setakat nak bergaya, perut tu jaga

Cikgu Mat sedang menghayati proses derma darah


Acara paling digemari iaitu acara 
bertukar-tukar hadiah

LAWATAN DINOTREK KUANTAN

Persatuan Sains, Matematik dan Alam Sekitar telah mengadakan lawatan ke pameran Dinotrek di Kuantan pada 26 Jun 2010. Seramai 36 pelajar dan 6 guru pengiring telah bertolak dari perkarangan sekolah pada jam 7.30 pagi. Berbagai aktiviti dilakukan di tempat pameran.










Klik

KURSUS PENGURUSAN PSS

Tempat: BTPN Beserah Kuantan
Tarikh: 22 - 25 Jun