Blog Ini Hanya Memaparkan Laporan Aktiviti SMK Jengka 10 DanPerkara Yang Berkaitan Dengan PendidikanSahaja. Editor Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Salah Laku Dalam Blog Ini.

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN

TARIKH PEPERIKSAAN

Thursday, August 26, 2010

Tuesday, August 24, 2010

Pemenang Pertandingan Membina Brosure

Pertandingan telah diadakan pada pertengahan Julai. Pn. Pengetua (Hjh. Wan Maimun Wan Nawi) dan GPK 1 (Tn. Hj. Mohd Rodzik A. Razak) dipilih untuk menjadi hakim.

Senarai Pemenang Adalah Seperti Berikut:

Ke-5: Ketua Panitia B. Inggeris - Pn. Faizah Nor
Ke-4: Ketua Panitia Geografi - En. Azis Salleh
Ke-3: Ketua Panitia Matematik - Pn. Norazliani Md Ali
Naib Johan: Ketua Bidang Bahasa - Pn. Faridah Ishak
Johan: Ketua Panitia Sains - Pn. Junaini Mashuri

Foto-foto Pemenang

JOHAN

  
                          Ke-3                                            Naib Johan

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG

Dalam Kenangan II


Foto: Ihsan PKG Bandar Jengka

Al Fatihah buat Allahyarhamah Hjh Nishah binti Ismail... Allahyarhamah terlibat dalam kemalangan berhampiran Pos Betau, Lipis pada 11 Ogos 2010 (1 Ramadhan)

Berita yang berkaitan:



Dalam Kenangan 1




Sudah 29 tahun mengajar di SMK Jengka 10. Sudah berpuluh ribu anak didik yang mendapat ilmu. Apalah kiranya semua anak murid dapat sedekahkan AL-FATIHAH, sudah tentu arwah mendapat berpuluh ribu Al-Fatihah setiap hari.




Friday, August 20, 2010

JAM DUNIA

Wednesday, August 4, 2010

DOA BERPUASA

 
 
 
Hari ni kita buat sket review berkaitan dengan niat puasa, ingat lagi tak? confirm semua orang ingat kan? kan? Ni kira kita review lah balik k.

Lafaz niat puasa untuk 1 hari 


Lafaz : nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Niat : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. 

Lafaz niat puasa untuk Sebulan 



Lafaz : nawaitu souma syahri ramadhona hadzihis sanati kullihi lillahi ta'aalaa.
Niat : Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Penjelasan niat sebulan menurut Ulamak :
Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.



Doa Buka Posa

Salam..
Cikgu rasa gembira sebab bulan Ramadhan dah dekat. Tapi untuk mengembirakan semua pelajar cikgu letakkan doa berbuka puasa. Heh heh..... Puasa pun belum lagi dah nak buka puasa.

Doa berbuka untuk seorang :



Lafaz : Allahumma laka suomtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthortu birahmatika ya arhamarrohimin..

Maksud : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa berbuka untuk berjemaah / sekeluarga / beramai ramai :

Yang atas ni untuk ber seorangan, untuk ramai ramai sila tukar perkataan "tu (ta + wau)" kepada "na ( nun +alif). Barulah maksud ayat "aku" bertukar kepada "kami". Contoh nya seperti dibawah : 



Lafaz : Allahumma laka suomna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika afthorna birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud : Ya Allah bagi Engkau Kami berpuasa dan dengan Engkau beriman Kami dengan rezeki Engkau Kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Credits to : http://panjangakal.com/ & http://www.chokilala.com/ & http://www.kujie2.com/ & http://zelo55.com/

SANTAI SANTAI




LAWAK LAWAK JUGAK, IKHTIBARNYA JANGAN LUPA