Blog Ini Hanya Memaparkan Laporan Aktiviti SMK Jengka 10 DanPerkara Yang Berkaitan Dengan PendidikanSahaja. Editor Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Salah Laku Dalam Blog Ini.

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN

TARIKH PEPERIKSAAN

Monday, June 27, 2011

HARI PERLAPORAN

Hari Perlaporan diadakan berikutan tamatnya peperiksaan pertengahan tahun pada Mei lepas.
Semua ibu bapa dan penjaga dijemput hadir untuk menandatangani buku rekod pelajar dan beramah mesra dengan guru kelas anak masing-masing.
Program ini telah dijalankan pada 23 Jun lalu di foyer sekolah bermula jam 8.00 pagi.
Tuan Pengetua juga mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan ibubapa penjaga untuk satu sesi taklimat ringkas sebelum bersurai pada jam 9.30 pagi setelah menikmati jamuan ringkas..


Pertandingan Membaca April/Jun

Pertandingan membaca bagi bulan ini dikira selama 2 bulan iaitu April dan Mei kerana kebanyakkan dari masa dalam Mei adalah waktu peperiksaan. Sebab itulah pihak PSS mencampurkan bacaan untuk 2 bulan supaya pelajar boleh menumpukan perhatian kepada peperiksaan semasa bulan Mei.

Pemenang Menengah Rendah
1- Intan Nor Shafina Yusni - Tingkatan 2 IS
2- Ezetty Mardhiah Azman - Tingkatan 2 IS

Pemenang Menengah Atas
1- Nur Syamira Juhari - Tingkatan 4AK
2- Noor Anasuhah Ismail - Tingkatan 4AK

Pemenang memenangi satu buku rujukan, wang RM5.00 dan sijil (setiap orang).
Tahniah.

Hantaran seterusnya adalah untuk bulan Jun dan Julai. Juga diadakan selama 2 bulan kerana penggal persekolahan hanya bermula pada 13 Jun.

Selamat Hari Jadi

12 Julai - Pn. Faridah Ishak

25 Julai - Pn. Siti Fatimah Mohamed

Hari Kokuria 2

Pertandingan VegiCar. Ini adalah pertama kali Persatuan Sains dan Matematik menganjurkan VegiCar. Sempena Hari Kokuria ini satu pertandingan VegiCar antara kelas diadakan. Oleh kerana masih lagi amatur maka banyaklah penumpang dan pemandu yang cedera parah.

Walaupun cikgu Faridah tidak masuk bertandingan kerana tempahan tayar tidak sampai tetapi cikgu Faridah tetap maintain tegak dibelakang litar yang panas terik. Hidup cikgu Junaini.

Ukur jauh ke ukur perut?








Patutlah habis semua carot dan timun di Kedai Desa.

HARI KoKuria 1


Hari Kokuria dijalankan selama 2 hari iaitu pada 21 dan 22 Jun.
Hari Kokuria dirasmikan oleh Tuan PPD iaitu Tn Hj. Zainur
Aktiviti adalah dalam bentuk pertadingan dan melibatkan pelbagai kumulan seperti kelas, unit uniform, kelab dan persatuan.

Berbagai jenis pertandingan seperti VegiCar, Membina Kestabilan, Kuiz, Teka Silangkata Sejarah, Kuiz Bertulis Haji, 60 Saat, Melukis, Nyanyian, Gubahan Bunga, Gubahan Hantaran dan Memasak



Tuan PPD memberi amanat kepada para pelajar.


 Pertandingan Anda Ada 60 Saat

Pertandingan Memasak. Encik Peko pun memasak jugak ke? Nampaknya nasi menjadi buburlah.

 World Building. Cikgu suka nih sebab cikgu dapat hadiah jugak.

Pertandingan melukis diadakan dikantin. Hampir 3000 peserta mengambil bahagian.

Pelancaran Minggu Koperasi

Perlancaran Minggu Koperasi di adakan pada 20 Jun.
Sebagai simbolik perlancanran, 2 anak benih sawit ditanam ditapak kebun sawit sekolah.

KEM AKIDAH

Kem ini di adakan di Jelebu pada14 hingga 17 Jun.
Disertai oleh 40 pelajar dari pelbagai tingkatan.


Tuesday, June 14, 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah

Alhamdulillah semua pelajar cikgu dapat kembali ke sekolah setelah 2 minggu bercuti. Kepada pelajar PMR dan SPM jangan lupa, peperiksaan anda sudah hampir. Diharapkan para pelajar dapat memberikan tumpuan yang lebih kuat pada penggal ke 2 ini. Selamat Belajar.