Blog Ini Hanya Memaparkan Laporan Aktiviti SMK Jengka 10 DanPerkara Yang Berkaitan Dengan PendidikanSahaja. Editor Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Salah Laku Dalam Blog Ini.
SELAMAT DATANG
PAPAN KENYATAAN
TARIKH PEPERIKSAAN
Tuesday, May 11, 2010
Monday, May 10, 2010
Lagu Tema Hari Guru 2010
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar bakti kucurah
Demimu ibu pertiwi
Sumpah kulafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulnizam bin Khalid
Penulis lirik : Ili Nurbahirah binti Baharudin
Gubahan : Mazuki bin Tambi dan Nazri bin Ishak
Muaturun:
1. Lagu Tema Minus One
2. Lagu Tema dengan Vokal
3. Lagu Guru Malaysia Minus One
4. Lagu Guru Malaysia Vokal
Web rasmi Sambutan Hari Guru 2010
http://www.moe.gov.my/hariguru/
Thursday, April 29, 2010
Khemah Tahunan: Sesi 4- Persembahan
Persembahan bertemakan kerjasama. Apa yang penting, kerjasama. Apa yang penting, kerjasama.
Para penonton hampir merusuh sebab tidak sabar menunggu persembahan pecah panggung.
Para pengadil yang dijemput khas:
Dari kanan, Cikgu Mat, Cikgu Azim (SMK J12), Cikgu Nizam (SMK J16)
Aktor terbaik.
Semua unit uniform membuat persembahan yang sungguh mendebarkan benak fikiran. Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat dan cikgu-cikgu yang bertungkus lumus menjayakan malam persembahan ini.
Banyak lagi gambar menarik, cikgu akan upload kemudian.
Khemah Tahunan: Sesi 2- Pertandingan Memasak
Encik M. Naim sedang melihat dapurnya yang berasap. Aik, asap jer api mana?
Dengar cerita kat rumah hebat sungguh dalam acara mengidupkan dapur kayu.
Khemah Tahunan: Sesi 2-Jalan Lasak
Setiap unit uniform akan berjalan sekitar Jengka 10 dan mencari checkpoint (CP) tertentu. Disetiap CP akan ada ujian yang menanti. Yang paling best sekali CP terakhir.
Hidup Puteri Islam Hidup Cikgu Junaini
Mana cikgu Isma nih, kata nak hantar redbull satu peti
. Woi, Norbaya cikgu suruh crawl bukannya bergolek
Khemah Tahunan: Sesi 1
Sesi panas badan dan pasang khemah. Tapi panas badan juga bila ada pelajar bawa khemah tapi tak bawak besi khemah. Tapi cikgu rasa semua orang sedang berseronok. Bukan selalu boleh berkhemahkan?
Suhaimi, yo yo ooo jer.
Mat Kedah, hang wat pa lagi tu.......
Sesi pasang khemah telah berjaya dengan cemerlangnya. Tapi yang penting selepas itu sesi makan pagi. Terima kasih kepada semua orang yang berada di dapur tanpa anda kebulurlah kami.
Subscribe to:
Posts (Atom)