KEAZAMAN tinggi murid istimewa selebral plasy, Ahmad Faiz Ibrahim telah berjaya membantunya memperoleh 4A IB dalam peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan kubang kerian 1, Kota Bharu tahun lalu. SUDAHKAH anda memasang azam untuk tahun ini. Ada yang sudah, ada yang belum dan ada yang tidak mahu lagi berazam kerana kecewa azamnya selama ini tidak pernah tercapai. Selain itu, ada juga yang berpegang kepada prinsip tidak perlu menunggu setiap awal tahun untuk berazam. Ia boleh dilakukan bila-bila masa. Azam, cita-cita atau visi penting untuk semua orang terutamanya kepada anda sebagai murid yang menduduki peperiksaan pada September ini. Mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran adalah azam yang baik. Manakala sebagai individu, anda perlu menanam cita-cita dan merancang arah tuju hidup anda sendiri. Jika tidak, anda hanya menerima apa sahaja yang diaturkan untuk anda walaupun tidak meminatinya dan jika ini berlaku, sebagai remaja, anda sebenarnya akan kehilangan satu nikmat hidup untuk merasai kegembiraan mencapai apa yang anda idam-idamkan. Berikut dikemukakan cara-cara yang boleh membantu anda membina azam dan cita-cita: 1. Tetapkan sasaran sebenar Bagi kanak-kanak, memang agak sukar untuk membayangkan masa depan anda. Bagaimanapun, ini tidak seharusnya menghalang anda untuk merancang masa depan. Menurut pakar psikologi, anda boleh mulakannya dengan `berangan'. Tetapi ingat, jangan jadi seperti Mat Jenin, berangan kosong. Sebaliknya, angan-angan anda perlu `berisi' dan bermakna. Jadikan angan-angan anda sebagai sumber inspirasi yang boleh menggerakkan dan memajukan diri sendiri. Pastinya ramai yang berangan-angan untuk menjadi salah seorang daripada angkasawan negaraataupun negarawan seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sertakan angan-angan itu dengan usaha-usaha yang setimpal untuk mencapai impian itu. 2. Fokuskan azam anda Kadang kala ada antara kita yang mempunyai azam dan cita-cita yang terlalu luas dan abstrak sehinggakan tiada fokus dan tidak tahu di mana mahu bermula. Oleh itu penting untuk anda menjuruskan cita-cita dan azam anda. Ia lebih mudah daripada memikirkan secara umum. Contohnya cita-cita untuk menjadi tukang masak atau chef terkemuka, adalah terlalu umum. Anda perlu tahu terdapat pelbagai bidang masakan yang boleh anda ceburi seperti kek dan pastri, masakan barat, masakan timur, masakan antarabangsa dan sebagainya. Mana satu kegemaran anda sebenarnya. Tanya diri anda yang mana yang paling anda minat dan fokuskan cita-cita anda kepada yang satu itu. Gunakan Internet untuk mencari maklumat lanjut mengenainya atau tanya orang yang berpengalaman mengenai bidang ini. Bagaimana ibu bapa atau guru dapat membantu pelajar berazam? . Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mencari makna sebenar atau menghuraikan azam mereka supaya lebih fokus. . Pelajar perlu diingatkan bahawa apa yang dicita-citakan itu perlulah melibatkan diri mereka sendiri dan bukannya orang lain. Mereka sendiri perlu berusaha untuk mencapainya. . Untuk memberikan motivasi kepada pelajar supaya lebih yakin dengan azam dan cita-cita mereka, suruh mereka bayangkan diri mereka apabila apa yang dicita-citakan itu tercapai. . Biarkan mereka gambarkan perasaan dan juga keadaan mereka apabila cita-cita menjadi kenyataan. . Minta mereka tuliskan cita-cita mereka dan juga minta mereka jawab, apa yang paling membahagiakan mereka apabila cita-cita itu tercapai kelak. . Minta juga mereka teliti azam dan cita-cita dan lihat di mana boleh dibuat penyesuaian. . Mungkin cita-cita mereka terlalu ideal dan tidak realistik. . Sentiasa ingatkan mereka azam dan cita-cita yang tinggi juga memerlukan usaha dan komitmen yang tinggi. . Bincang dengan mereka mengenai kecerdasan pelbagai untuk memudahkan mereka mengenal pasti di mana kekuatan mereka dan adakah ia selari dengan apa yang diinginkan. Anda boleh sentiasa merujuk Internet yang mempunyai pelbagai jenis ujian personaliti dan minat yang boleh memberi sedikit idea kepada mereka di mana sebenarnya minat dan kecenderungan mereka Kredit : ADAP |
Blog Ini Hanya Memaparkan Laporan Aktiviti SMK Jengka 10 DanPerkara Yang Berkaitan Dengan PendidikanSahaja. Editor Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Salah Laku Dalam Blog Ini.
SELAMAT DATANG
PAPAN KENYATAAN
TARIKH PEPERIKSAAN
Wednesday, July 20, 2011
Tip Peperiksaan 3
Tip Peperiksaan 2
NIKMAT kejayaan lebih bermakna selepas kita berjaya mengatasi segala rintangan. - Gambar hiasan BERSIKAP positif bukanlah sesenang percakapan. Dalam kehidupan sehari-hari, kita sentiasa menghadapi banyak rintangan tanpa diduga. Kehilangan orang yang dikasihi, menghadapi masalah kewangan ketika kita benar-benar memerlukannya, pertukaran guru yang disayangi, dan pelbagai masalah lain boleh menyebabkan pelajar secara tidak disedari menjadi seorang yang bersifat negatif. Membina sikap positif boleh dilakukan jika kita membebaskan minda kita daripada perkara-perkara yang rumit. Melihat sesuatu perkara dalam bentuk yang mudah, menggembirakan dan menyenangkan. Dalam proses tersebut kita mungkin perlu melakukan pelbagai tindakan yang tegas dan berdisiplin. Antaranya adalah seperti berikut: 1. Tugas utama sebagai pelajar ialah menentukan keputusan yang cemerlang dalam akademik di samping pembangunan diri. Jangan campuradukkan dengan pelbagai perkara yang boleh membawa kepada emosi yang tidak stabil. 2. Rakan yang bersikap negatif. Terdapat dua kemungkinan, sama ada anda dapat mempengaruhi atau anda dipengaruhi oleh mereka. Ada masanya kita perlu menghapuskan perhubungan seumpama ini bagi menjaga sikap positif yang ada pada diri kita. 3. Memastikan keseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani. Jangan jadi ulat buku tanpa mengambil kira aspek-aspek lain. Penumpuan pada satu perkara boleh menimbulkan ketegangan mental dan fizikal. Yang lebih penting ialah sikap bersederhana dalam setiap tindakan. Mengekalkan sikap positif merupakan aspek yang paling penting. Kita mungkin menjadi kecewa apabila rakan-rakan kita bersikap tidak menyokong dalam pergaulan sehari-hari. Mungkin anda pernah dicop dengan pelbagai label, seperti, sebagai pelajar yang antisosial, `mat belia' atau `tidak rugged' atau mungkin dituduh sebagai pelajar yang kuat mengampu guru atau pensyarah. Anda tidak perlu melawan atau membalas kalau dilabelkan dengan label yang bersifat negatif. Mungkin cara yang terbaik ialah dengan mencampakkan sikap positif anda kepada mereka. Sikap yang bersahaja, melihat kata-kata negatif sebagai gurauan dan terus mendampingi mereka sehingga pada satu tahap tertentu memungkinkan mereka untuk berubah. Banyak kejadian manusia boleh berubah apabila mereka mengenali kita secara lebih dekat. Kata orang - tak kenal maka tak cinta. Orang yang bersikap positif biasanya mempunyai lebih ramai kenalan, berbudi bahasa dan dapat melihat kejadian dalam bentuk yang luas dan berbeza. Rakan-rakan kita tentu sekali akan berasa iri hati dengan ketenangan, kesabaran dan kepintaran kita apabila berhadapan dengan sebarang masalah. Kredit : ADAP |
Tip Peperiksaan 1
PELAJAR cemerlang tidak mudah kecewa atau mengaku kalah. - Gambar hiasan TERDAPAT beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk meningkatkan disiplin diri dalam mencapai kecemerlangan. Yang penting ialah pelajar perlu mempunyai tahap kecekalan, kesabaran dan komitmen yang tinggi. Tanamkan azam secukupnya dan lakukan perkara-perkara yang berikut: 1. Tentukan matlamat kerja dengan jelas dan `hiduplah' dengannya Anda perlu menetapkan apakah kebolehan atau matlamat yang anda harapkan daripada sesuatu usaha yang sedang atau akan anda lakukan. Sebagai contoh, anda hendak meningkatkan keupayaan anda menulis karangan sepanjang 350 patah perkataan dalam setengah jam. Jadi, jangan berpeluk tubuh dan berlengah-lengah. Latih diri anda secukupnya supaya matlamat andaitu tercapai sebelum peperiksaan. 2. Menyediakan jadual harian yang praktikal dan mudah diikuti Jadual yang anda sediakan mesti praktikal dan secocok dengan gaya hidup anda. Kemudian berikrarlah di depan jadual anda, dan pada diri sendiri bahawa anda akan patuh kepada jadual yang anda buat sendiri. Jadual yang baik sebenarnya adalah bersifat anjal. Anjal bermakna, anda boleh mengubahsuainya, tetapi masih patuh kepada disiplin hidup berjadual. Anda mesti berazam memperbaharui tekad anda untuk menjadi manusia yang berguna setiap hari, setiap kali bangun daripada tidur. 3. Bertekad dan sabar Pastikan apabila kita membuat sesuatu kerja, selesaikan. Bukan sekerat jalan sahaja. 4. Pengurusan masa Menguruskan masa merupakan tugasan yang sukar dan mencabar, tetapi boleh dilakukan. Gunakanlah masa yang ada untuk melakukan kerja yang berfaedah. Jangan bertangguh. Tetapkan keutamaan tugasan, serta waktu yang paling sesuai untuk membuat sesuatu tugasan. 5. Istiqamah dengan jadual harian Peganglah janji anda selepas berikrar untuk mematuhi jadual harian yang anda rancang. 6. Tidak mudah kecewa Jangan seret kekecewaan atau kegagalan silam sehingga menyukarkan perjalanan menuju kejayaan. Yang sudah biarkanlah ia berlalu. 7. Belajar daripada kejayaan dan kegagalan orang lain Pepatah Melayu ada menyebut, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. 8. Berdoa Selepas berusaha habis-habisan, kita bertawakal dan berserah kepada Allah s.w.t. Semoga usaha kita diberkati. Amalkan beberapa doa kejayaan. 9. Mementingkan kesenangan jangka panjang Pelajar yang matang fikirannya akan memikirkan keuntungan jangka panjang. Abaikan dahulu keseronokan jangka pendek yang boleh menyebabkan kita menangis dan meratap kerana gagal dalam hidup. 10. Memikirkan pengorbanan keluarga Ingatlah setiap sen yang dibekalkan oleh ibu atau bapa setiap pagi sebelum ke sekolah. setiap suap makanan yang kita jamah akan menjadi darah daging kita. Darah daging kita adalah hasil penat lelah ibu bapa kita. berilah mereka sedikit kegembiraan dengan lulus dalam peperiksaan. 11. Mencari rakan berdisiplin Bijak mencari rakan adalah penting. Jangan sehingga kita diheret kekancah kegagalan oleh kawan-kawan yang tidak memikirkan masa depannya. Andak mungkin ketawa beramai-ramai, tetapi menangis seorang diri. 12. Sedikit tetapi berterusan Biarlah hari ini anda hanya menjawab satu soalan, tetapi anda benar-benar faham danmenguasai soalan berkenaan. Fikirkan kualiti, bukan kuantiti. Kredit : ADAP |
Tuesday, July 5, 2011
LARIAN 1M1S
Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia diadakan serentak seluruh negara. Di SMK Jengka 10 ianya bermula seawal jam 7.15 lagi. Dimulai dengan senamrobik sebelum pelajar dan guru berlari sejauh 2.5 km sekitar perkampungan Jengka 10.
Friday, July 1, 2011
Hari Kokuria 3
Para Hakim memasak sedang memberi komen dan nasihat sambil berkenyang-kenyangan.
Gerai Jualan pun ada. Umak aii.... ice blendded lagi.
Pertandingan Gubahan Penganting. Aik Encik Peko pun masuk juga. Memasak tadi pun masuk jugak.
Monday, June 27, 2011
HARI PERLAPORAN
Hari Perlaporan diadakan berikutan tamatnya peperiksaan pertengahan tahun pada Mei lepas.
Semua ibu bapa dan penjaga dijemput hadir untuk menandatangani buku rekod pelajar dan beramah mesra dengan guru kelas anak masing-masing.
Program ini telah dijalankan pada 23 Jun lalu di foyer sekolah bermula jam 8.00 pagi.
Tuan Pengetua juga mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan ibubapa penjaga untuk satu sesi taklimat ringkas sebelum bersurai pada jam 9.30 pagi setelah menikmati jamuan ringkas..
Pertandingan Membaca April/Jun
Pertandingan membaca bagi bulan ini dikira selama 2 bulan iaitu April dan Mei kerana kebanyakkan dari masa dalam Mei adalah waktu peperiksaan. Sebab itulah pihak PSS mencampurkan bacaan untuk 2 bulan supaya pelajar boleh menumpukan perhatian kepada peperiksaan semasa bulan Mei.
Pemenang Menengah Rendah
1- Intan Nor Shafina Yusni - Tingkatan 2 IS
2- Ezetty Mardhiah Azman - Tingkatan 2 IS
Pemenang Menengah Atas
1- Nur Syamira Juhari - Tingkatan 4AK
2- Noor Anasuhah Ismail - Tingkatan 4AK
Pemenang memenangi satu buku rujukan, wang RM5.00 dan sijil (setiap orang).
Tahniah.
Hantaran seterusnya adalah untuk bulan Jun dan Julai. Juga diadakan selama 2 bulan kerana penggal persekolahan hanya bermula pada 13 Jun.
Pemenang Menengah Rendah
1- Intan Nor Shafina Yusni - Tingkatan 2 IS
2- Ezetty Mardhiah Azman - Tingkatan 2 IS
Pemenang Menengah Atas
1- Nur Syamira Juhari - Tingkatan 4AK
2- Noor Anasuhah Ismail - Tingkatan 4AK
Pemenang memenangi satu buku rujukan, wang RM5.00 dan sijil (setiap orang).
Tahniah.
Hantaran seterusnya adalah untuk bulan Jun dan Julai. Juga diadakan selama 2 bulan kerana penggal persekolahan hanya bermula pada 13 Jun.
Subscribe to:
Posts (Atom)