Berikut adalah beberapa saranan apabila anda membaca buku-buku pelajaran: 1. Lihat seimbas kesemua muka surat yang anda akan baca. Dapatkan rangka kasar tentang teks yang bakal anda baca. Dapatkan satu gambaran yang menyeluruh terlebih dahulu. Perhatikan perkara-perkara yang berikut: * Tajuk-tajuk kecil - dapatkan perkaitan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain. * Rajah-rajah * Jadual * Carta * Peta 2. Baca perenggan bahagian pendahuluannya. 3. Baca perenggan bahagian penutup atau kesimpulannya. 4. Yang terakhir barulah baca ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan secara terperinci. Membaca hanya satu hala. Ramai pelajar yang membaca dan mengharapkan 'input' semata-mata. Mereka mengharapkan melalui pembacaan setiap maklumat disuap dari buku ke dalam minda. Proses membaca begini ialah proses sehala dan ia cukup menjemukan dan membosankan. Anda perlu berinteraksi secara interaktif antara anda dan buku yang dibaca. Untuk menjadikan proses membaca lebih bersifat dua hala anda perlu lakukan perkara yang berikut: Dapatkan 10 - 20 soalan berkaitan tajuk yang mahu anda baca sebelum anda membaca teksnya. Fahami kehendak soalan ini. Apabila anda membaca kelak anda pasti menemui jawapan kepada soalan dan ini pasti meningkatkan tumpuan dan minat anda. Sentiasa tanya diri anda sebarang soalan yang bermula dengan Apa? Siapa? Bila? Di mana? Berapa? Kenapa? dan Bagaimana? Ini membuatkan anda sentiasa mencari maklumat bukan sekadar mengharapkan maklumat itu tersedia untuk anda. Selepas satu perenggan atau satu muka surat, berhenti sejenak. Tanya diri anda sekali lagi tentang apa yang telah anda ketahui sebentar tadi. Cuba lakar pada sehelai kertas rajah atau fakta-fakta penting yang anda ketahui. CUba ceritakan semula pada diri anda apa yang telah anda baca. Ceritakan dalam suara yang boleh didengar oleh telinga anda sendiri. Dengan cara ini anda menggunakan bahagian otak yang lain untuk memproses maklumat. Buat nota ringkas. Jangan sekadar membaca sahaja. Cuba kenal pasti kata kunci (lihat artikel terdahulu) dan ringkaskan setiap fakta penting ke dalam bentuk nota ringkas. Dengan melibatkan lebih banyak deria dalam satu-satu proses membaca membuatkan anda rasa seronok. Dengan membuat nota ringkas anda sebenarnya menggunakan bahagian kinestatik diri anda. Kalau sekadar membaca sahaja tanpa sebarang penghasilan nota anda cuma gunakan bahagian visual dan auditori semata-mata. Penglibatan bahagian kinestatik penting kerana ia mengukuhkan lagi ingatan anda terhadap apa yang anda pelajari. ULANG kaji secara sistematik pasti menghasilkan keputusan yang cemerlang. - gambar hiasan. |
Blog Ini Hanya Memaparkan Laporan Aktiviti SMK Jengka 10 DanPerkara Yang Berkaitan Dengan PendidikanSahaja. Editor Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Salah Laku Dalam Blog Ini.
SELAMAT DATANG
PAPAN KENYATAAN
TARIKH PEPERIKSAAN
Wednesday, July 20, 2011
Tip Peperiksaan 4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment